Pages

Tuesday, December 28, 2010

Pengenalan RFID

Salam...........anda pernah mendengar apa itu RFID? Sekiranya anda masih belum mendengar mahupun pernah mendengar tentang RFID, saya mahu bagitahu mempelbagai info tentang RFID yang masih baru di Malaysia. RFID sudah wujud di luar negara yang kebanyakkan penggunaan RFID terlibat dalam bidang logistik, pengangkutan, dan sebagainya. Oleh itu, maksud RFID adalah singkatan daripada Radio frequency identification asalnya ia digunakan untuk mengawal stok barang. Contohnya, dalam industri pergudangan kegunaan RFID boleh melakukan scanning terhadap beberapa kotak borang yang diletakkan atas folker. Namun, kecanggihan teknologi yang maju seperti RFID dapat mempercepatkan proses pengeluaran, menjimatkan masa dan sebagainya. Ia merupakan pengganti bar code.


Untuk memahami konsep RFID adalah sebuah pengumpulan data teknologi yang menggunakan tag elektronik untuk menyimpan data. Tag dikenali sebagai " label elektronik, " transponder" atau " piring kod" yang terdiri daripada sebuah cip RFID yang melekat pada antena. Penghantaran tag adalah dalam rentang kilohertz, megahertz dan gigahertz.


Di sini ada video klip untuk memudahkan anda memahami apa konsep RFID, kegunaanya dan sebagainya.




Di sini ada beberapa contoh tag yang digunakan dalam pelbagai industri iaitu perternakan, pertanian, pengilangan dan sebagainya.

rfid card reader
hotel lock/electronic lock
 haiwan





sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang gambar rajah tentang RFID tag, anda boleh melawat website iaitu www.rfidtags.com....